AssaLamuaLAikum w.b.t..doa ini saya ambil dari Blog hasnuL Hadi Ahmad.saya nak simpan untuk tatapan buat saya dan sesiapa saja.
Hendaklah membaca ayat berikut, kemudian hembuskan dikening orang yang kita sayangi (anak atau isteri). Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.
''Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain
Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun
orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika
seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka
melihat seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah
semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka
menyesal).” (Surah Al-Baqarah 2:165)