" Ya Tuhanku,berikanlah kepadaku iLmu Dan MasukkanLah aku ke Dalam goLongan orang-orang Yang BeriLm

" Ya Tuhanku,berikanlah kepadaku iLmu Dan MasukkanLah aku ke Dalam goLongan orang-orang Yang BeriLm
Ana Lah As nur...

Wednesday 28 March 2012

kek coklat..

Assalamualikum w.b.t dan selamat tengahari semua,emm hari ni saya nak kongsikan sedikit resepi yang saya selalu buat time birthday adik-beradik(biarpun kadang-kadang mereka tak berapa suka).
Ni adalah resepi kek coklat yang saya dapat dari akak sepupu.So,saya sentiasa practicekan and harini nak sharekan untuk pembaca-pembaca semua.(Hanya  guna sukatan gelas sahaja).ok jom kita tengok..


KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan

1/2 gelas serbuk koko
1 gelas gula pasir
1 gelas susu cair
1 gelas minyak masak
1/2 sudu esen vanilla
1/2 sudu soda bikarbonat
1/2 gelas susu pekat
1/2 gelas tepung (kalau masih tak cukup boleh ditambah juga)
2 biji telur

Cara membuat:
1. Panaskan serbuk koko,gula pasir, susu cair dan minyak masak.kacau hingga sebati.
2. adunkan esen vanilla, soda bikarbonat, dan telur. Kacau kesemuanya kemudian masukkan susu pekat dan tepung sedikit demi sedikit.
3. masukkan bahan-bahan yang telah dipanaskan tadi ke dalam adunan no 2.kacau hingga rata.
4. masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 30-40 minit (sehingga lidi yang dicucuk pada kek tidak yang melekat).