" Ya Tuhanku,berikanlah kepadaku iLmu Dan MasukkanLah aku ke Dalam goLongan orang-orang Yang BeriLm

" Ya Tuhanku,berikanlah kepadaku iLmu Dan MasukkanLah aku ke Dalam goLongan orang-orang Yang BeriLm
Ana Lah As nur...

Saturday 31 March 2012

Ayat Seribu Dinar

Bismillahhirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t  buat semua pembaca...
Hari ini saya ingin berkongsi satu surah sepertimana surah-surah yang lain juga mempunyai kelebihannya.Dipetik dari surah At-Talaq surah ke-65 yakni Surah At-talaq ayat seribu dinar ayat ke2 dan 3 merupakan salah satu surah yang baik di amalkan selesai solat Lima waktu.


Maksudnya: " Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH,nescaya DIA akan akan membukakan jalan keluar baginya,dan dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya.


Wednesday 28 March 2012

kek coklat..

Assalamualikum w.b.t dan selamat tengahari semua,emm hari ni saya nak kongsikan sedikit resepi yang saya selalu buat time birthday adik-beradik(biarpun kadang-kadang mereka tak berapa suka).
Ni adalah resepi kek coklat yang saya dapat dari akak sepupu.So,saya sentiasa practicekan and harini nak sharekan untuk pembaca-pembaca semua.(Hanya  guna sukatan gelas sahaja).ok jom kita tengok..


KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan

1/2 gelas serbuk koko
1 gelas gula pasir
1 gelas susu cair
1 gelas minyak masak
1/2 sudu esen vanilla
1/2 sudu soda bikarbonat
1/2 gelas susu pekat
1/2 gelas tepung (kalau masih tak cukup boleh ditambah juga)
2 biji telur

Cara membuat:
1. Panaskan serbuk koko,gula pasir, susu cair dan minyak masak.kacau hingga sebati.
2. adunkan esen vanilla, soda bikarbonat, dan telur. Kacau kesemuanya kemudian masukkan susu pekat dan tepung sedikit demi sedikit.
3. masukkan bahan-bahan yang telah dipanaskan tadi ke dalam adunan no 2.kacau hingga rata.
4. masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 30-40 minit (sehingga lidi yang dicucuk pada kek tidak yang melekat).